1. Kamu 'cool'.
Tak cepat melatah dan panik macam aku.
2. Kamu penyabar.
Serius. Tahap kesabaran kamu memang dipuji, terutamanya bila melayan karenah aku yang sememangnya mempunyai pelbagai karenah.
3. Kamu tidak cemburu buta.
Ni paling best!
4. Kamu tidak mengongkong.
Best jugak :)
5. Kamu sangat sopan santun.
Aku bangga perkenalkan kamu dengan keluarga aku. Aku tak malu sebab aku tahu kamu pandai bawak diri. Contohnya, cakap lemah lembut, pandai amik hati, tak buruk lantak, cium tangan mak bapak aku bila bersalaman (aku rasa mak aku cair tang ni).
6. Pada mata aku kamu hensem.
Aku minta maaf sebab sering kali persoalkan tentang berat badan kamu dan cara kamu berpakaian. Itu kelemahan aku yang aku harus perbaiki. Tetapi pada aku, kamu sangat hensem. Serious. (Confirm kamu kembang bila baca ni).
7. Kamu tak merapu.
Maksud aku, kamu tidak suka berfoya-foya tak tentu arah seperti clubbing, ganja, minum, seks bebas dan sebagainya. Kamu decent dan aku suka itu.
8. Kamu charming.
Kamu mungkin tak romantic gila atau jiwang karat, tapi kamu pandai ambil hati aku dengan tata tertib kamu. Tapi kalau nak romantic skit pun apa salahnya.
9. Kamu hormat aku.
10. Kamu sayang Aku.
'Nuff said.
No comments:
Post a Comment