Wednesday, March 11, 2009

Aku tak paham

Aku lepak kat library hari ni dari pukul 2pm-6pm. Waktu aku sampai aku perasan ada buku2 bersepah dekat meja depan aku. Aku tau la meja tu ada orang occupy. Lebih kurang sejam aku buat kerja datang sorang mamat ni duduk depan aku. Nampak macam ala2 nerd gitu. Aku tengok dia macam tak buat kerja2 penting sangat. Dia asyik belek2 buku yang ada dekat rak area situ, bukan yang atas meja. So, aku bajet la barang2 yang depan aku ni bukan dia punya. Tak kisah la. Takde la nampak macam dia nak mencuri ke apa.

Tengah dia lepak2 tu ada la minah sepet 2 orang datang. So aku bajet dia tengah tunggu diorang tu la. Diorang borak2 kejap tak sampai 2 minit, minah2 tu kata "We'll be right back." So mamat nerd ni tunggu la lagi. Aku bajet maybe diorang nak buat kerja sama2 kot, or salah sorang minah ni maybe nak tutor mamat tu. Mamat tu tunggu la. Lama jugak dia duk lepak situ, buat kerja2 tak penting. Boleh nampak yang dia takde benda nak focus. Balik2 belek buku. Nampak dia macam awkward dan dalam keadaan menunggu. Aku sampai sempat pergi toilet 2 kali mamat tu masih kat situ dan minah2 tu tak datang2 pun balik.

Lepas tu, aku keluar dari section tu kejap sebab nak pulangkan buku yang aku tak boleh pinjam (course reserve). Waktu aku keluar dari section tu aku macam terperasan la minah2 sepet tu tengah berborak kat tepi elevator. Aku takde la perasan sangat muka diorang tapi aku bajet diorang la. Diorang tengah borak2, gelak2, macam takde benda penting nak buat walaupun skang tengah minggu mid-term exam. Nampak sangat macam dah lama diorang borak2 kat situ. Padahal mamat nerd ni tengah setia tunggu kat dalam. Lama tau! Aku jadi risau sebab dia tunggu lama2.

Lepas aku pulangkan buku, minah2 tu tengah syok layan borak lagi. Aku macam berapi tiba2 rasa macam nak masuk campur. Aku macam nak bagitau kat mamat ni yang minah2 tu ada kat luar. Tapi masalahnya aku tak cam sangat muka diorang. Kang sibuk lak tak tentu pasal, salah orang pulak ke apa. Tapi aku memang kesian aa tengok mamat tu.

Bila aku dah duduk balik kat meja (kerusi) aku depan mamat tu, aku cuba kontrol perasaan untuk tak masuk campur. Tapi aku asyik jeling kat dia sebab aku kesian. Dia pun perasan agaknya. Lepas tu dia amik iPhone dia dan call somebody. Dia tinggal barang dia kat situ sebab dalam library tak boleh guna handphone, tapi dekat2 elevator boleh. Tempat aku duduk tak jauh la sangat dari elevator tu. Pastu aku rasa dua bukak pintu section tu, aku dengar suara 2 minah tu macam terperanjat. Nampak sangat la kantoi dengan mamat ni. Lepas tu mamat tu datang balik kat meja, amik barang semua sambil macam membebel diam2 kat minah tu. Minah tu macam minta maaf tak ikhlas. Mamat tu macam marah kot, tapi sebab dia ala2 awkward jadi tak nampak sangat macam dia bengang. Minah tu asyik duk mintak maaf ala2 manja. Nyampah aku.

Ni kesimpulan yang aku buat la dari pemerhatian aku selama lebih kurang 2 jam semasa kejadian tu berlaku. Aku rasa minah2 tu macam nak buli mamat tu sebab dia nerd/awkward. Kira minah2 tu macam 'mean girls' la. Nyampah tu. Aku tak pasti la sama ada kesimpulan aku ni tepat. Tapi sampai sekarang aku kesian dengan mamat tu.

No comments: