Wednesday, December 3, 2008

Listening to Mussorgsky

Tiba-tiba teringat, kan best kalau boyfriend datang cari kat rumah kalau aku tak angkap phone? Sampai kucing bertanduk pun tak merasa la aku. Boyfriend aku kena paksa plan 3 hari sebelum baru datang rumah aku. Apala nasib aku camni? 

Dah tangkap cintan kan dengan orang yang macam tu nak buat camna? Nak break, aku yang tak sanggup. Nak suruh dia buat itu ini, nanti dia kata aku ni tak terima dia seadanya. Hmm...mungkin memang aku tak terima dia seadanya, tapi aku mahu dia jadi orang yang aku nak. Payah tu, sebab aku ni tak pasti pun sama ada dia bleh jadi seperti apa yang aku nak. Kalau tengok pada gayanya, aku rasa dia boleh. Tapi mungkin dia memang tak peduli sangat dengan apa yang aku nak kot. Jadi, aku la yang kena mengalah. 

Tapi kalau aku asyik mengalah je, happy ke aku? Mungkin aku tak happy giler seperti berada di awangan, tapi aku rasa aku bersyukur. Kenapa nak bersyukur kalau tak happy? Sebab aku rasa diri aku bertuah punya boyfriend macam dia. Aku complain dia banyak cacat cela, tapi aku punya kecacatan lagi banyak dari dia. Dia tak complain pun. Kadang-kadang aku tak boleh nak terima hakikat yang nobody's perfect and I can't expect everyone to be like me. Aku selalu anggap kalau aku bleh buat atau terfikir akan sesuatu benda, takkan orang lain tak boleh? 

Aku jenis yang setia. Aku rasa selesa to be in a relationship, especially kalau dengan lelaki yang tak banyak ragam. Tapi bila dah tak banyak ragam ni banyak pulak kebosanan yang timbul. Happy ke aku hidup camni??

No comments: