Aku bajet semua orang kalau bercinta (termasuklah yg dah berkahwin) mesti nak bahagia sepanjang masa, macam fairy tale kan? Tapi aku bajet gak selalunya orang pompuan la yang mengimpikan laki korang tu macam putera idaman stock prince charming. Kalau tak dapat prince charming pun dapat hero sinetron Korea Selatan pun ok gak kan. Konon paling romantik/sentimental/jiwang karat bagai la.
Tapi, apsal la laki kita tak yang macam kita harapkan? Apa memang lelaki budiman cuma wujud dalam sinetron/telemovie je ke? Yang duk dapat kat kita ni yang 'kadang2' je mampu buat kita rasa macam puteri.
Memangla masalah rumahtangga orang lain kita tak tau kalau tak korek cerita. Semua orang pun mesti nak me'nampak'kan diorang bahagia bila in public, termasuklah aku. Tapi ada masa kita tak bersefahaman langsung. Aku percaya dalam relationship mesti kena kerja keras kalau nak sentiasa rasa worthiness of a relationship. Kena ada kompromi, komunikasi, usaha, pengorbanan. Cinta tu memang dah sedia ada dan akan bertahan sampai bila2.
Tapi yang menjadi tanda tanya aku ialah kenapa aku selalu nampak perempuan yang lebih menginginkan kebahagiaan/kejiwangan/ketenangan dalam sesebuah perhubungan berbanding lelaki? Rata2 aku tengok lelaki cam tak kisah aje bab2 nak meng'usaha'kan sesebuah percintaan tu. Pernah sekali waktu family day, cousin aku bila ditanya apa impian dia, dia jawab teringin sangat nak bercuti ke Europe dengan husband nya tanpa mengheret anak2. She looked soooo excited talking about it. Tapi bila soalan yang sama ditanya kat husband dia, bleh lak mamat tu jawab nak gi mancing dengan kawan2. Kesian giler kat cousin bila dengar jawapan laki dia, dahla kena jawab depan sedara-mara bagai! Maklumla, family day. Tapi yang paling aku tak tahan bila mak aku cakap yang laki dia tak 'love her' kot. Amboi mama, pandaaaaaiii sangat mengata orang. Aku defend la cousin aku cakap dia memang agak gediks skit hehehe.
Tapi macam tu la lelaki in general, setakat yang aku kenal la. Susah sangat nak mengambil effort untuk shower their woman with love. Bila hati pompuan dah terluka, kita dah merajuk menangis bagai, baru nak mengalah kadang2 tak pujuk pun! By then, dah tak guna dah, sebab tindakan laki tu dan macam dipaksa, bukan nyer effort diorang sendiri.
No comments:
Post a Comment