Memang betul la agaknya orang kata time bertunang ni paling banyak dugaan dalam relationship. Sapa kuat, alhamdulillah sampai ke gerbang perkahwinan. Sapa yang lembik, abis camtu ja. Aku menantikan satu reward yang sangat besar bulan ni sebab aku dah lama bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu. Semua persiapan dah aku timbang tara so that aku dapat buat keputusan yang terbaik. Tapi bila aku check ATM machine pagi tadi, rasa dunia macam gelap buat beberapa miliseconds. Hari yang paling aku nantikan selama sebulan lebih rupanya bukanlah seperti aku bayangkan. Takpa...Aku gagahkan diri jugak masuk ke kelas, maintain cool...
Bercakap pasal kelas, agak kecoh jugak pagi tadi. Aku dah semangat kemain nak buat recording dengan students aku. Skali timbul masalah teknikal yang pada mulanya agak kronik. Serious aku tahan malu dengan students semua. Tapi, benda dah nak jadi kan, aku tahan je la malu tu. Nasib baik dapat fix jugak masalah tu setelah 1 jam mencuba. Paling malu skali, bila terpaksa panggil bekas student untuk membantu. Nasib baik beliau sangat humble, so walau malu sekalipun, dapat la ditahan. Tapi rasa bersalah sebab kejut beliau dari tidur masih menebal di dalam diri ini.
Buat masa ni, aku dah hantar baju akad nikah dan wedding dress untuk majlis Alor Setar. Weekend ni, nak cari kain untuk reception KL dan hantar tempah terus. Aku agak tak look forward untuk acara itu sebab sebelum ni macam ada konflik skit, so nanti awkward abis. Tapi tahan jugak la sebab nak kahwin kan...
Aku plan untuk confirm kan make-up dengan photography/videography hujung bulan ni. Sebab kalau dikira2, memang ngam2 la 6 bulan sebelum majlis. Dua minggu lepas aku dengan bakal singgah ke wedding expo di PWTC. Takdela meriah sangat tapi dapat jumpa a few things yang menarik hati, iaitu photography and a wedding planner. Bakal aku memang tangkap syok habis dengan photography/videography company tu. Harga pun agak menarik. Tapi kualiti takla seperti yang aku inginkan. Kurang menarik skit berbanding dengan yang aku survey selama ni. Bakal aku kemain suka sebab dia tak pernah tengok yang lain2 lagi. So pada dia memang dah sangat best la.
Skang ni aku ada 2 options untuk photography dan 2 options untuk make-up. Pilihan pertama untuk dua2 benda tu sedikit tinggi harganya berbanding pilihan kedua. Untuk make-up, aku dah decide untuk menggunakan khidmat pakar dari KL. Ada dua pilihan iaitu Gorgeously Done dan Nana. Aku inginkan yang pertama tu tapi masih ragu2 tentang harga total sebab asyik duk pikir berbaloi tak harga dia kalau compare dengan yang second. Memandangkan aku kena tanggung tiket kapal terbang & hotel, aku rasa macam terpaksa sacrifice kualiti jugak, so mungkin aku akan pilih pilihan kedua. By the way, yang kedua ni wife famous guitarist Isyam Iswardy, kalau sapa kenal dan pernah amik servis dia tolong kongsi pengalaman.
Untuk photography/videography, aku masih timbang tara antara Pretty Peektures dan Pixelworks. Setakat ni, Pretty Peektures tak dapat dihubungi sebab phone tak pernah jawab. Pixelworks ni yang kami jumpa masa di wedding expo. Kami pergi time kelam kabut so tak bawak cash. Bila nak confirm tarikh semua, tak dapat bayar deposit sebab wallet kosong. Kad kredit tak terima. Hampeh..
So sila kongsi pengalaman sekiranya pernah mendengar nama2 company di atas. Terima Kasih. Cadangan amatlah dialu2 kan.
1 comment:
Change of plans. I'm choosing other photographer. I shall not tolerate quantity over quality. Wish me luck!
Post a Comment