Tuesday, October 14, 2008

PMS

Kepada Mohd. _________ Bin Mohd. _______!!

Kenapa ko slalu buat perangai camni aa?? Tau la ko sibuk bagai, aku pun sibuk. Tp takkan la nak balas sms pun susah bebenor. Nyesal aku sms (dan call) pagi tadi. Menjatuhkan saham aku aje tau. Hegeh sangat ke aku ni kat ko? Dahla tengah2 bulan camni, emosi aku kurang stabil. Lagi la aku nakkan perhatian. 

Bila aku nak bincang benda2 camni, ko cakap,"kan dah pernah bincang." tp aku tengok takde perubahan pun. Ko ni btul mcm UMNO la. Janji2 masin je. Aku tau la aku ni mmg banyak sgt cengkadak, mintak itu ini. Tp tu sbb aku sayang ko. Dalam situasi ni, kita kena la sama2 kerja keras. Itu pun kalau ko nakkan aku la. Larat asyik aku je nak kerja keras. 

Ko nak aku lebih memahami diri ko. Aku paham (that's what I'm doing now). Tp ada ko paham aku? Ade?? Aku bukan suh ko belikan aku intan berlian ke, umah 3 tingkat ke, keta sport ke (mcm yang ko slalu mintak), atau gitar elektrik ke (macam yg ko slalu mintak jugak)...aku cuma suh ko balas sms aku je (skali skala pun call la jugak). Aku dah kat sini dah setahun lebih. Kecik sangat2 hati aku ko tak pernah skali pun call aku (menggunakan hp ye). Dahla itu pun dr awal2 lagi aku yg usaha cari maklumat camna ko nak call aku melalui talian Maxis. Ko cakap ko try tp x dpt, aku bg plak cadangan lain. Ko cakap nantila...Sampai skang la 'nantila' ko tu. Aku rasa esok smp aku balik pun ko takkan call aku gak.

Itu satu. Satu hal lagi, pasal online. Aku paham skang ko keja semua. Tiap kali nak online, mesti aku kena sms atau call ko dulu utk tanya betul ke ko nak online malam ni. Aku nak jugak di'surprise'kan oleh ko sewaktu online. Tp itu hal kecik.

Ko nak main permainan ape ni? Permainan Buat Awek Terdesak ke? Memang aku terdesak. Tak paham2?? Ko menang! Aku ni dahla takde tempat lain nak ngadu. Aku nak ngadu kat member2, diorang suh aku sabar. Ngadu kat adik, dia buat bodo je sbb dia xde bopren. Ngadu kat mak, mak suh aku cari laki lain je. Ngadu kat abah, abah diam je. Ngadu kat ko, ko diam gak (slalunya tgh layan game). 

Kadang2 aku persoalkan diri aku kenapa aku sayangkan ko sangat. Aku pun tak tau kenapa. Tapi kalau ada orang memperkecilkan ko (terutamanya keluarga aku), aku defend ko habis-habisan. Skang ni aku dah nampak skit tanda2 nak menang. Tapi aku pelik, sbb walaupun kebanyakan orang dah bleh hormat pilihan aku, aku masih lagi tak puas. Ada benda yang tak cukup. 

Aku renung2 balik, ada la benda2 yang dah dr zaman batu aku suh ko buat, ko tak buat2. Antaranya:

1. Amik lesen kereta.

 Aku dah naik penat la asyik kena amik/hantar ko kat rumah ko (walaupun aku rela). Aku nak jugak jadi mcm awek2 lain, bopren dtg amik/hantar kat umah semua. Aku ni 'bopren' ke 'girlpren' ko sebenarnya? Sapa yg menjalankan tugas sapa ni??

2. Beli kereta.

Aku suh ko beli kereta utk kepentingan ko jugak. Supaya kalau ko nak pegi jamming atau gig bawak gitar ko, dengan efek ko semua, xde la nak kena hangkut naik moto. Kalau ada keta, bleh la letak semua benda tu dengan selamat. Di samping tu, bleh jugak ko letak baju2 extra yang dah siap diseterika utk ko salin sebelum show. Kalau hujan ke ribut ke, ko masih boleh bergerak ke Bangi atau ke PJ, mahupun Damansara. 

Sebab kedua ko kena ada keta ialah utk perkara no. 1. 

Sebab lain. Aku ni mengharapkan sangat la agar ko ni bleh menjadi ketua keluarga aku suatu hari nanti. Jadi sebagai ketua keluarga, ko kena la ada kereta yg lebih besar, sturdy, dan cantik daripada keta aku, sesuai dengan jawatan/peranan ko. Kiranya kalau ada bawak MyVi, ko bawak Waja ke, atau aku bawak Suzuki Swift, ko bawak Vios ke. Camtula..Esok2 kalau ada anak2, bleh la mengangkut semua kalau nak kemana2. Takkan asyik nak pakai keta aku aje. Aku serius dalam hal ni. 

3. Potong rambut

Ko tau tak tarikan utama aku terhadap lelaki adalah fesyen rambut. Aku dah bertahun2 nak ko ada fesyen rambut yang 'hot'. Dulu waktu aku mula2 jatuh cinta dengan ko sbb ko potong rambut ko. Kalau ko ingat, sebelum ko potong rambut skali tu, ko ada call aku tanya pendapat aku. Waktu tu kita blom couple lg. Bahagia sungguh aku waktu tu. Esok hari tu waktu aku bertembung dengan ko di skool, aku cair tahap gaban. Waktu rambut ko macam tu, setiap masa aku nampak ko berjalan in slow motion. Hot sungguh ko di waktu itu.

Aku paham ko ni tak suke rambut pendek yang fesyen biasa tu ala2 spiky letak gel berlambak. Aku pun tak suka. Dah lapuk. Aku tak kisah klu nak taknak potong pendek sgt. Tp pastikan fesyen rambut yg stylo dan menepati diri ko. Disebabkan rambut ko agak beralun, aku cadangkan ko potong ala2 John Mayer/Takuya Kimura. Ko pun tau aku dah berapa kali bg cadangan. Tp tiap kali ko potong rambut, ko nak buat fesyen rambut rock jepun. Tak kena la dengan personaliti ko. Sebab pada mata aku, ko ni seorang yang tenang, bersikap terbuka tp matang (ye ke?), bertolak ansur, sopan santun. Kira ko ni macam abang2 la. Oleh itu, fesyen rambut budak berumur 19 tahun memang tak sesuai dengan ko. Percayalah!

4. Kuruskan Badan

Dulu ko hot! Skang ni badan ko dah mcm suami beranak 3 k. Aku pun tak suka nak memperkecilkan saiz badan ko yang tak kecil sangat tu. Tp aku ni jujur, mulut takleh cover. Itu sebab tiap kali aku ternampak kegemukan ko yang sangat jelas, aku terlepas cakap. Itu semua mulut aku yang bersuara, bukan hati aku. Aku mintak maaf. Orang kata kalau dah sayang tu, tak kisah la kalau badan dah gemuk. Itu orang lain, aku tak! Aku masih nak teman lelaki aku berbadan sasa, apatah lagi kita pun masih belum bernikah (atau 'berkahwin'). Kalau umur ko dah mencecah 56 tahun dan beranak 5, aku mungkin tak berapa kisah kalau badan ko sedikit gempal. Tapi seboleh-bolehnya aku nak ko sentiasa berbadan sasa dan hot. Sebab itulah juga cita2 aku. Walaupun badan aku ala2 Kiera Knightly je, aku akan usahakan supaya bila aku tua nanti aku tak kelihatan seperti Kate Winslet or worse. Jadi, marilah kita sama2 berusaha utk menjadi couple yang berbadan 'hot'.

Ko bertuah kerana tak perlu nak berenti hisap rokok walaupun bercouple dengan aku, sbb aku tak macam awek2 lain. Walau bagaimanapun, untuk menjamin kesihatan aku, dan jugak anak2 ko yang bakal aku kandungkan dan besarkan, seboleh-bolehnya, kurangkan hisap rokok. Untuk kesihatan ko jugak.  

Aku ingat lagi ko pernah tanya aku sama ada aku teringin untuk ber'boyfren'kan lelaki yang lebih hebat dari ko? Seperti mempunyai kereta hebat, boleh memberikan aku hadiah, belanja aku makan, bergaya dan sebagainya. Aku cakap,"Ya! Tapi aku mahu ko yang jadi lelaki itu." Aku berani cakap mcm tu sebab aku tau ko mampu utk jadi macam tu. Itu expectations aku.

Aku juga nak ko lebih berkomunikasi dengan aku tentang segala hal. Penting atau remeh, itu bukan persoalannya. Mungkin pada ko sesuatu masalah itu kecil dan ko rasa tak perlu bincang dengan aku, tp pada aku mungkin itu hal yang sangat penting. Kalau kita nak menjaga perhubungan kita, kena sama2 selalu berkomunikasi. Aku ingat skali tu waktu kita mula couple, aku ada masalah dan mengadu pd kawan baik aku, bukan ko. Ko sangat kecik hati time tu sbb ko rasa mcm diri ko tak penting pada aku. Macam tu la jugak aku rasa setiap kali ko sembunyikan sesuatu pada aku, tak kisahla perkara baik atau buruk. Sesungguhnya aku sangat prihatin terhadap ko.

Blog ini ditulis di waktu aku inginkan sangat2 perhatian dari ko. Kadang2 aku menyesal datang ke NY sebab terpaksa berjauhan dengan ko. Aku memang tak rela. Tapi di depan semua orang, aku cool. Aku rasa bersalah sebab tinggalkan ko terkontang-kanting di Malaysia. Aku mintak maaf sangat2. Tetapi disebabkan restu yg ko bg, aku kuatkan semangat. Janji ko utk tunggu aku balik menyebabkan hati aku berbunga2 mengitung hari utk balik. Sebolehnya, aku nak sangat ko dpt dtg ke sini. Tapi, sebab aku pikir, masa depan (yang mungkin kita kongsi) lebih penting, aku sanggup tahan rindu. Sebab aku pikir, ini masa terbaik utk kita fokuskan pada cita2 masing. Walaupun aku cakap cita2 masing2, diri ko sebenarnya adalah separuh daripada cita2 aku.

Aku mengaku aku kuat berangan. 



 


No comments: