Tuesday, March 22, 2011

Kerja La La La

Eh betul ke camtu chorus lagu Meet Uncle Hussein tu? Ah lantaklah. Tapi memang aku nak bercakap pasal kerja. Dah almost 2 tahun aku menghamba abdikan diri aku kat tempat kerja aku sejak aku habis belajar.

Ramai sedara mara, kawan2, mak kawan2 tanya aku," Best ngajar/kerja?". Untuk siapa yang tak tahu, yes, aku adalah seorang pendidik (FYI: aku tak suka gelarkan diri aku "pensyarah" sebab aku rasa aku lebih banyak merapu dari bersyarah). Reaksi pertama = reaksi ikhlas aku bila orang tanya aku akan jawab,"Bolehlaaaaaaa", lepas tu roll eyes & geleng2 kepala. Biasala, kerja kerajaan, banyak sangat birokrasi. Kalau mak aku ada kat sebelah atau terdengar dia akan offended sangat, dia slalu ingat aku ni tak bersyukur bila kerajaan dah sponsor aku beratus ribu masa aku belajar dulu. Memang aku rasa cam haram bila dah lukakan hati mak bapak aku tapi aku sendiri tak pandai nak tipu diri sendiri. Diorang pun kerja kerajaan berzaman mesti la lebih paham.

So camna aku bleh bertahan selama 2 tahun ni? Aku sentiasa convince diri aku yang aku ni suka share ilmu/experience. Memang betul pun. Aku memang suka bercerita (a.k.a merapu) dalam kelas. I'm not the typical lecturer who talks nothing but facts and 'spot questions'. Maybe sebab dikelilingi golongan2 muda ni membuatkan aku pun rasa muda, jadi tak betah nak berlagak macam lecturer 'Puan So and So'. Aku suka bagi inspirasi kat students aku so that they know the sky is the limit, walaupun aku ni takla hebat sangat pun dalam bidang aku. Tapi tak kisahlah, janji aku dapat inspire students aku untuk jadi orang2 yang berguna pun aku dah cukup bersyukur.

Tapi....kerja2 yang selain dari mengajar ni yang aku tak tahan. Lebih lagi bebannya dari kelas2 aku. Kelas pun dah memang hari2, so bila ada masa sejam dua baru la boleh selit kerja2 yang lain. Tapi memang tak pernah habis pun la. Lepas satu, satu.

Banyak kerja2 admin ni satu hal, tapi yang paling aku tak bleh blah ialah orang2 sekeliling aku, especially orang2 atasan yang suka guna kuasa sesuka hati tanpa memikirkan beban kerja orang lain dah cukup tak hengat. Leadership yang tah hapa2, sistem pengurusan yang kucar kacir yg lebih mementingkan apa yg orang atasan nak daripada apa yang baik untuk jabatan, bab membodek jangan cerita la, last2 tak dapat apa gak. Lepas tu, kalau nak suruh orang buat kerja asyik2 orang yang sama je kena buat kerja. Yang pesen pemalas sampai ke sudah tak pernah kena suruh. Dah tu, yang pemalas tu tak pernah pulak diambik tindakan. SKT camtu jugak. Nak kata kena warning ke apa ke, takda, tetap pemalas je aku nampak.

Aku dan ramai lagi memang dah berkira2 bila la kontrak ni nak habis. Tak sabar2 nak pergi tempat lain. Aku ingat lagi camna seronoknya aku punya first job. Walaupun lebih penat fizikal, tapi kepala hotak & hati tak pernak busuk. Tak pernah pulak nak bergossip dgn member2 pejabat pasal si polan itu ini. Lagi kurang dosa la agaknya dari sekarang. Walaupun aku sorang je Muslim kat situ, tapi dah macam adik beradik dah semua. Walaupun gaji aku jauh lebih sikit dari sekarang, tapi aku enjoy. Aku rindu sangat perasaan camtu.

Ada yang kata, if you don't like your job, quit and find another. Do something about it and don't just complain. Oh how I was wish it's that easy. Kalau tak kerana kontrak 7 tahun ni, dah lama aku cabut. Banyak lagi tempat yg memerlukan kepakaran aku and I know this for sure ;).

No comments: